Friday, 8 November 2013

resepi sup benggali

salam sejahtera kepada yg sudi membaca,saya ingin berkongsi resepi turun temurun dari keluarga saya.
bagi yang tidak suka daging lembu boleh mencuba sup ini.

Bahan-bahannya
1.daging setengah kilo @ 500gram
2.kacang kuda setengah kilo @500gram
3.ubi kentang 10biji
4.sup bunjut sebungkus & rempah sup serbuk 3 bungkus
5.halia,bawang merah,bawang putih.
6.air 2000ml
7.garam dan serbuk perasa
8.daun bawang,daun sup,bawang goreng,cili padi.

cara-caranya;
1.kacang kuda mestilah direndam hingga kembang dan direbus hingga lembut.(ketepikan)
2.daging juga direbus dan dibuang air yang pertama..(potong kecil)
3.ubi kentang direbus sampai empuk potong kecil(ketepikan)
4tuang minyak masak dalam periuk..buka sup bunjut tumis dgn bawang merah,bawang putih,halia hingga naik bau kemudian dicampur dengan serbuk sup 3bungkus,tuang air 2000ml.biarkan mendidih.
5.masukkan daging,kacang kuda,ubi kentang,garam dan serbuk perasa.biarkan sup gelegak sekali lagi.
6.tuangkan sup kedalam mangkuk,taburkan daun sup,daun bawang,bawang goreng,cili padi.kalau suka boleh diperah dengan limau nipis.
7.siap untuk dimakan.

sangat sesuai kalau badan rasa kurang sihat..badan akan berpeluh selepas menghirup sup ini.tujuan kita membuang air rebusan daging yang pertama adalah untuk menghilangkan bau hanyir daging.

selamat mencuba..

Monday, 4 November 2013

Awal Muharram

Assalamualaikum.

Salam Muharram.semoga kehidupan kita akan menjadi lebih baik dari semalam.Semoga ilmu dan iman akan bertambah lagi diberkati oleh Allah hendaknya,amin...Kehidupan terlalu singkat untuk membolehkan kita menghabiskan masa berharga kita dengan orang yang hidup dalam kesedihan dan kegagalan.Berikan sokongan kita sedaya upaya yang mungkin,tetapi jangan berada disisinya terlalu lama sehingga sikap buruknya itu mempengaruhi diri kita sendiri.Sebaliknya bergaullah dengan orang-orang yang optimis.Lebih pesanan dan ingatan untuk diri sendiri.

Tuesday, 29 October 2013

Rasanya terlalu banyak benda yang nak diperkatakan disini sampai tak tahu mana yang nak di dahulukan.terlebih dulu maff dgn frosa kata dan suku kata yang tidak menepati syarat yang betul.
Apa pun saya akan cuba.Maklumlah saya hanya seorang surirumah yang belajarnya sampai spm jerr....sudah 25th meninggalkan alam persekolahan.Bukan tidak membaca,mungkin hanya sekadar membaca tapi tidak ambil kisah.
Lagi pula bila kita mengirimkan khidmat pesanan ringkas kita akan menggunakan ayat yang sehabis ringkas sehingga kadang kala tebawa-bawa dalam penulisan yang berbentuk karangan bagi budak-budak sekolah.
Lainlah dengan penulis novel.Ada novel yang berbentuk santai penulisannya sebagai contoh novel dari kaki-kaki novel..ayat yang santai dan bersahaja seperti bahasa harian.Tidak berat dan sarat untuk difahami.
Saya suka membaca blog-blog yang ditulis orang lain.Bagi saya mereka ada cerita tersendiri yang hendak di rakam dan dikongsi.Semua orang ada caranya sendiri.Seperti penyajak,penyair,penulis lirik,penulis buku dan sebagainya.

membaca,mengarang,menulis

Saturday, 26 October 2013

assalamualaikum..

Sebenarnya saya sudah lama nk buat blog.Asyik bertunda ja.Seronok membaca blog orang lain.hehe...nk buat pun bukan pandai..ne pun anak yg tolong buatkan dan tlong ajarkan..buat permulaan layan je lh yerr....
Bagi saya blog medan perkongsian cerita.Yang suka membaca novel dan bercadang menulis novel tapi tidak tertulis-tulis maka inilah tempat terbaik..