bagi yang tidak suka daging lembu boleh mencuba sup ini.
Bahan-bahannya
1.daging setengah kilo @ 500gram
2.kacang kuda setengah kilo @500gram
3.ubi kentang 10biji
4.sup bunjut sebungkus & rempah sup serbuk 3 bungkus
5.halia,bawang merah,bawang putih.
6.air 2000ml
7.garam dan serbuk perasa
8.daun bawang,daun sup,bawang goreng,cili padi.
cara-caranya;
1.kacang kuda mestilah direndam hingga kembang dan direbus hingga lembut.(ketepikan)
2.daging juga direbus dan dibuang air yang pertama..(potong kecil)
3.ubi kentang direbus sampai empuk potong kecil(ketepikan)
4tuang minyak masak dalam periuk..buka sup bunjut tumis dgn bawang merah,bawang putih,halia hingga naik bau kemudian dicampur dengan serbuk sup 3bungkus,tuang air 2000ml.biarkan mendidih.
5.masukkan daging,kacang kuda,ubi kentang,garam dan serbuk perasa.biarkan sup gelegak sekali lagi.
6.tuangkan sup kedalam mangkuk,taburkan daun sup,daun bawang,bawang goreng,cili padi.kalau suka boleh diperah dengan limau nipis.
7.siap untuk dimakan.
sangat sesuai kalau badan rasa kurang sihat..badan akan berpeluh selepas menghirup sup ini.tujuan kita membuang air rebusan daging yang pertama adalah untuk menghilangkan bau hanyir daging.
selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment